Setiap sesuatu perkara pasti akan menimbulkan persoalan... sama ada kita sendiri yang mempersoalkan atau orang lain yang mempertikaikan...
Tuesday, 5 April 2011
Tuesday, 29 March 2011
Yang Penting Senyum...^_^
Hehe...
aku menggalakkan korang semua tersenyum sentiasa...
sebab senyum ni mampu bagi korang semua tenaga yang semulajadi,tak dibuat2...hehe...^_^
tp,aku tak nak lar tulis pasal senyum...
sebab,memang kebanyakan korang semua dah tahu pasal senyum...
jadi, tak perlu lar aku rasa nak tulis pasal senyum kan...
Tapi...
(*tapi lagi~~~)
aku nak buat korang tersenyum boleh??
aku tak tahu nak buat korang tersenyum,tapi bila aku dah tak de keje,ni lar keje aku...huhu...
duk "google" benda2 yang tak patut..hehe...
![]() |
| Korang rasa ini tong sampah ke apa??hummpphh~~~ |
![]() |
| Siap boleh buat tempat letak hidangan ni... |
![]() |
| Yang ini pula, buat tempat celup gula2...SEDAP giler kot...^_^ |
![]() |
| Arus kemodenan menampakkan rupa bentuk yang begitu dinamik...hehe |
![]() |
| Barang yang amat diperlukan untuk semua yang anti-Bush...haha... |
aku tak mahu mencemarkan blog aku dengan benda tak patut, tapi kadang2 aku pun terpikir sendiri...
perlu ke benda-benda macam ini wujud kat muka bumi ni??huhu...^_^
![]() |
| Sapa sanggup nak jadi macam "si dia" ni??haha.... |
![]() |
| Ada Beran??hahaha.. |
![]() |
| Concept Restaurant??memang amat "berkonsep" lar kan...-__-" |
![]() |
| Sungguh selesa dan begitu "menyelerakan"... |
![]() |
| Tak jadi Santa Claus nak datang umah..haha... |
![]() |
| Ada sesapa nak beli??^_^ |
Tuesday, 15 March 2011
Manusia dan Alam...
Salam kpd semua...
sejahtera ke atas kamu semua...
Seperti yang kita semua tahu kan, kita dicipta diatas muka bumi ini merangkumi 3 aspek dlm perhubungan...
1-Manusia dan Tuhan...
2-Manusia dan Manusia...
3-Manusia dan Alam...
bila nak cakap hubungan manusia dengan tuhan,aku bukanlah seorang ustaz atau seorang yg berilmu tinggi apatah lagi berpelajaran tinggi...
nak sentuh soal manusia dan manusia pula,aku bukanlah tidak mempunyai sekumpulan manusia atau sekelompok makhluk yang membenci aku...^_^
jadi,aku nk tulis sket pasal manusia dengan alam...
(*aku bukanlah pengkaji alam semesta mahupun penjaga haiwan ternakan,tapi aku manusia yang hidup di muka bumi dikelilingi dengan mereka2 yang tidak berakal yang dipanggil Alam...^_^)
COP!!!
Alam dsini bukan hanya bermaksud kepada pokok2 atau tumbuhan2 semata2 ye...
tetapi juga merangkumi makhluk yang dipanggil Haiwan...
![]() |
| ini adalah sebahagian drpd Alam... |
aku panggil beruk je...bleh kn??
ok lah...
aku nak tanye lar kamu semua yang mempunyai akal...
Apa yang kita dah buat untuk menjaga mereka2 ini, such as this beruk and Alam2 yg lain untuk hidup??
cuba lah kita fikir sejenak...
kita manusia yang diciptakn di atas muka bumi ini,malah dikurniakn dgn akal fikiran...
apa yg telah kita buat untuk memastikan kita btul2 lakukan apa yg ptut di atas muka bumi ini...
![]() |
| Alam ini memang dsediakn utk kita...tp jangan pula kita sentiasa melebih...^_^ |
korg semua boleh je nak masak ayam masak merah, ikan masak kicap, udang masak lemak, ketam goreng celup sos, dan juga kambing salai...
(*perghhh....leleh air liur ni...^_^)
sekalipun kita mempunyai rezeki/nikmat dari muka bumi ini, tetapi jgn kita sesekali melebih2...
Terimalah seadanya, dan gunakanlah sebaiknya...
dan jangan anda lupa~~~utk kekalkn senyuman anda...
tidak kira apa jua yg berlaku...
^_^
Thursday, 24 February 2011
Baca & Cuba bagi pendapat anda...
Dah lama tidak meng-update-kan blog ini...
Kalau blog dah boleh bersawang, confirm blog ini da berpenghuni seribu satu macam laba-labah...haha^_^
OK lah,sebenarnya aku ada sesuatu yang nak tunjuk kat korang semua...
Pertama kali tengok gambar ni,mcm x prcaya je...
Seperti anda semua tahu, gmbar kat bawah ini adalah peta dunia...
Dan tiada apa yang pelik pada peta dunia ini...
Tetapi,boleh tak anda semua lihat tingkat peratusan tersebut??
Kemudian teliti pula pada peta negera kita,Malaysia...
Cuba lihat berapa peratusan umat Islam kat Malaysia??
![]() |
| ~M_!_M~ |
Apabila aku periksa guna Color Picker dalam Paint,aku dapati Malaysia termasuk dalam 60-69% sahaja...
Apa pandangan anda semua??
*I've no idea about this~~~...
Sunday, 20 February 2011
Petang...
Kalau cakap pasal petang, apa yang korag semua fikirkan??
Setiap orang pasti fikir perkara yang lain-lain, dan mungkin ada yang samalah kot...
Dan mungkin masa petang ni juga, sesetengah daripada kita bekerja...itu merupakan satu kemungkinan juga...
![]() |
| petang yang tenang di satu tempat di Malaysia~~~ |
Tetapi, bagi mereka yang tidak sibuk pada waktu petang...
mempunyai masa terluang, janganlah anda bazirkan masa dengan tidur atau seumpama dengannya...
Mari kita sama-sama lihat,apa yang boleh kita buat pada waktu petang selain tidur...
1) Semestinya beriadah!!!
- Yang ini memang tidak dapat dinafikan...kebanyakan kita manfaatkan petang masing-masing dengan beriadah...ramai yang menghabiskan masa dengan main futsal,badminton malah berjogging...
Perkara-perkara sebegini memang patut dilakukan, bagi memastikan toksin-toksin dalam badan keluar dengan terhasilnya peluh.
kenapa saya tunjuk Lee Chong Wei a.k.a. LCW ni??sebabnya adalah saya nak bagitau pembaca, walaupun LCW ni nmpak je kurus mcm ni, tetapi cuba anda kira ukur lilit peha, betis dan lengan dia...^_^
memang semestinya tak dapat diukur dengan segenggam tangan!!!walaupun dia nmpak kurus, tapi dia tidaklah sekurus yang dsangka seperti dalam TV tu...
*tu maknanya orang kurus pun boleh sihat juga...apatah lagi mereka yang terlebih "sihat"...^_^
(gurauan semata)
2) Minum Petang...
-Aktiviti ini juga sebenarnya banyak memberi faedah kepada kita. Lagi-lagi kepada mereka yang sudah berkeluarga. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan diantara anak-anak dan ibu bapa...
Lagi lah bagus kalau kita hidangkan teh yang berkhasiat untuk keluarga...seperti mana teh Arab atau teh China yang mengandungi banyak khasiat yang tersendiri. Dengan ini,khasiat teh trsebut bkn sahaja hanya dapat dirasai oleh seorang sahaja, malah satu keluarga...seorang dalam keluarga itu sihat, maknanya semua ahli keluarga tersebut pun sihat juga...
3) Buat Homework...
-waktu petang-petang,kalau dah tidak ada benda lain nak buat, luangkan masa anda dengan buat keje-keje yang lecturer atau cikgu2 bagi. kalau waktu petang, nak study atau belajar untuk mengingat atau seumpanya, abaikan je lar...sebab waktu petang tidak sesuai untuk semua itu...
sebab nak menyiapkan segala kerja-kerja tidak mungkin boleh dibuat dalam satu malam apabila siangnya telah kita luangkan untuk pergi ke kelas...
btul x??
4) Main Game!!!
-HAHA...kalau dah kemaruk sangat nak main game komputer, ps atau seumpama dengannya main lah waktu petang...sebab pagi tu dah pergi kelas...malam pulak luangkan masa anda untuk study...
jadi,pastikan petang itu anda puas2 hilangkan tekanan nak main game komputer...malamnya boleh lah anda pergi study plak...
(*time management ni....^_^)
![]() |
| aku main cabal....^_^ |
dan banyak lagi yang saya x senaraikn dalam ni...yang ada ni sebenarnya adalah dari pemerhatian semata....
kalo ada banyak lagi,sudi2 lar untuk berkongsi ye...
JADI,LUANGKAN MASA PETANG ANDA DENGAN SEBAIKNYA!!!^_^
wslm...
Thursday, 17 February 2011
SEGMEN KHAS UNTUK BLOGGER BARU : 100 FOLLOWER KE BAWAH
HEHE....^_^....
saje je nak menggatal masuk pertandingan ni walaupun post tak sampai 10 pun...hehe..
x pe kan bro BEN??
Tuesday, 15 February 2011
Hari Maulud...
Assalamualaikum semua...^_^
Salam Maulidur Rasul pada 12 Rabiul Al-Awwal 1432 Hijrah bersamaan 15 Februari 2011...
korang semua tahu atau tidak apa maksud maulud yang sebenarnya?
maulud yang sebenarnya bermaksud Hari Lahir...
Jadi, apabila digabungkan perkataan "Maulud" dengan "Rasul", kiranya korg semua boleh tahu dah maksud dia kn??
Maksud Maulidur Rasul adalah Hari Lahir Rasul junjungan iaitu Rasulullah S.A.W.
Baginda merupakan Rasul yang terakhir di muka bumi ini, seperti di dalam Khutbah Terakhir Baginda yang bermaksud, "Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru.".
Jadi, ketahuilah kita bahawa agama Islam merupakan agama yang benar tiada yang benar selain yang benar belaka yakni Islam dan tiada lagi Nabi atau Rasul selepas Nabi Muhammad S.A.W.
Wahai rakan-rakan sekalian...marilah kita sama-sama berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Semoga kita memperoleh syafaat daripadanya...
CHOP!!!
korang semua tahu tak, terkandung beribu-ribu dan berjuta syafaat dan kelebihan serta rahmat apabila kita berselawat ke atas junjungan Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W??
Di sini, aku ada sediakan beberapa syafaat dan kelebihan serta rahmat yang terkandung apabila kita berselewat ke atas Nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W, seperti mana yang disabdakan Rasulullah S.A.W yang bermaksud,
Rasulullah S.A.W. telah bersabda bahawa: ''Malaikat Jibril, Israfil, Malik dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku:
Berkata Jibril A.S.:''Wahai Rasulullah S.A.W. ,barangsiapa yang membaca selawat keatasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali,maka akan aku bimbing tangannya dan akan aku bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar''.
Malaikat Malik A.S. pula berkata: " Mereka yang berselawat keatas kamu akan aku memberi mereka itu minum dari telagamu''.
Berkata Malaikat Israfil A.S.: '' Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T. dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T. mengampuni orang itu''.
Berkata Malaikat Izrail A.S : "Bagi mereka yang berselawat keatasmu,akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi''.
Sabda Rasulullah S.A.W: "Barang siapa mengucapkan salawat kepada ku satu kali,maka Allah s.w.t akan mengucapkan salawat kepadanya sepuluh kali." (HR Muslim.)
Jadi, janganlah kita sesekali (sekiranya mampu) tinggalkan sesaat untuk tidak berselewat...
paling tidak pun,dalam sehari biarlah bibir kita berselawat di luar solat...
kerana pastinya, terkandung pelbagai hikmah dalam kehidupan kita...
Selamat Berselawat...
*Jikalau ada masa terluang, saya ingin kongsikan khutbah terakhir Baginda...^_^
Sunday, 13 February 2011
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary...
Korg prnah dgr x nama ni??
nama mcm pak arab mana ntah kan, sbb ada "AL" kat blakang tu...
hehe...
ni lar Orang Melayu kita...
dan dia ni bukan nye calang-calang orang Melayu yang ada kat bumi ni...
kalo korg x tau,korg kna amik tau psl dia ni...
cuba lar cari mana2 sumber yang crita pasal dia...
maaf,"dia" amat x sesuai untuk manusia ini...
gelaran yang lbih elok dan santun adalah "beliau"...
knpe beliau begitu terhormat??
Tidak disangkal beliau memang nmpak begitu segak...
tetapi, tersmbunyi sribu perkara dsbalik kesegakan itu...
ada apa2 trlintas di mnda korg bila tgk gmbar di atas^??
kita tanya diri kita,knpe kita perlu gah kn org yang x semena-mena dgn kita pdhal ada lagi tokoh yang perlu kita hormati dan snjungi??
beliau bukan org lain, beliau orang Malaysia, orang Melayu dan Islam...
banyak yang beliau telah taburkan bakti di Malaysia ini, tetapi kenapa kita x pernah rasa nk "follow" beliau seorng ni??
dgn duit kekayaan sbyk itu,beliau bkn lah sorg yang korg rasa sntiasa berkepit dgn kete merc nye atau yang sntiasa makan mkanan mewah kalo beliau rasa nak...
dengan duit sbyk itu, beliau hanya memndu kete Perdana(beliau mnyokong usaha kete nasional) walopun sblm ni beliau pernah memiliki sbuah Merc...
dan, duit sbyk itu jgk beliau x de nk mkn kat hotel 10 bntang skalipun...
beliau byk mnderma kepada mereka yang lebih memerlukan...
anak-anak yatim, orang tua yang mmerlukan penjagaan...
smua mereka ini beruntung untk menetap di sbuah rumah yg dsediakn oleh beliau...
saya prnah mndgr, sehinggakan rumah penjagaan orang tua beliau seakan-akan hotel...
beliau bukan sebarang org...
walaupun beliau sbnrnya mndapat keuntungan beribu-ribu,tp x suma keuntungan itu msuk ke poket beliau sndri...
stiap keuntungn itu beliau akan mmbhgikn hanya kpd dua...
1.Kpd Ibu beliau sndiri...
2.Kpd mereka yang lbih mmerlukan...
beliau bkn sorng yang kdekut...
beliau sorg yang pmurah...
dn dsbbkn itu,beliau murah rezeki...
krn Dia Yang Maha Esa Lagi Maha Pemurah kepada hamba-Nya yang pmurah...
beliau bukan sesiapa...beliau juga mnusia spt kita...
beliau tidak mmpunyai sbrg sjil Diploma skalipun...dan hanya mmpunyai taraf SPM...
dan ada yang katakn kpd saya,taraf SPM beliau hanya 3rd grader...
apakah beliau mmpunyai sebrng sijil yang melayakkan beliau mndapat kekayaan spt skarang??
TIDAK!!!
byk yang beliau pelajari ketika beliau muda...
dan spt mana manusia lain, beliau juga prnah ditipu...
hidup mnusia tidak pernah tidak ada dugaan...
bgtu juga beliau...
kata-kata beliau byk dijadikan sbg kata-kata hikmah...
sungguh byk...
ini kemungkinan, diantaranya adalah :-
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerjakerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.
2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa diatas, ada masa dibawah.
12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok manamana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.
14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.
15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !
16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.
17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.
26. (Perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan
27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.
30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
32. Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.
34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.
36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.
38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.
39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.
40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.
41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras & fokus.
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.
44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah . Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.
48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.
sungguh banyak kn??ini kerana diri beliau pnuh dgn pengalaman dan penglaman itu yng mmberi beliau kejayaan spt skarang...
(*kata2 hkmah ini dkreditkan kpd~~Blog ArsyadMaster...)
dan beliau amat berhak untuk terima anugerah ini...
![]() |
| Tokoh Maal Hijrah 1429@2007... |
korg smua msti tau...
beliau juga manusia spt kita...
tetapi beliau skarang lbih brjaya drpd kita...
apakah kita tidak mahu mnjdi spt beliau??
Beliau merupakan cntoh yang terbaik, dan kita ptut contohi yang terbaik...
^_^
Wednesday, 2 February 2011
Rakan2 di Mesir...
doakanlah sahabat kita di Mesir selamat dsana...
smoga mereka dpt pulang dengan selamat...
bila difikir2kn blik...
ada jgk untung mereka...^_^...
btul mereka dlm keadaan yg kucar-kacir...
tp mereka agak beruntung kerana dpt merasai naik kapal laut TLDM n kapal udara TUDM...
beruntungnya!!!
sjak dlu lagi aku nak naik,tp x de rezeki...
*dh rezeki mereka kn...hehe
tp apa2 pun...
smoga mereka smua dpt pulang dengan selamat...
amiin...
Sunday, 30 January 2011
Pelbagai Budaya=Malaysia...
ehem...
aku baru je balik dari mall td...
n aku psing2 kat mall subang...
kat sana mmg pnuh ngn org2...
lg2 mereka yg ingin mnymbut Tahun Baru Cina...
Gong Xi Fa Cai kpd suma yg berbangsa Cina...

Malaysia mmang indah dengan budayanya...
dan anda semua tidak boleh nafikan perkara ini...
mmg ada org luar ada iktiraf bnda ini...
n aku tau plak sapa plak yg bg pengiktirafan ini...
*tp mmg ada lar kan...
apa yg aku nk sentuh adalah toleransi...
toleransi merupakan satu perkara yg pnting untuk kita kekalkn kharmonian...
toleransi ni merupakan perkara yg amat digalakkan...

kita hidup dlm negara spt Malaysia ini bukan mudah...
kerana stiap budaya dlm Malaysia ada sensitiviti mereka yg tersendiri...
so,dgn adanya toleransi ini,pastinya kita akan dpt elakkan drpd menyentuh perkara2 yg sensitif dlm msyrakat kita sndiri...
Justeru itu,aku sarankn...
(*cewah,mcm wakil rakyat lar plak...haha...)
kita sbg rakyat Malaysia,yg mmpunyai pelbagai kaum dn budaya...
yg mmpunyai pelbgai wrna kulit...
x perlu kita sentuh akan sensitiviti kaum lain...
cuba kita hidup dlm keadaan kita aman, dan org lain juga aman...
mari kita sama2 pkir,mcm mna untuk truskan kehidupan yg sejahtera utk anak cucu kita...

Msj ini bukan hnya tertumpu utk satu kaum shj,dn bkn hnya utk satu wrna kulit shj...
tp utk suma...
utk mereka yg mengisi borang, dlm tmpat kosong WARGANEGARA : MALAYSIA...
![]() |
| perkara2 sebegini mmg x patut...anda pkir lah sndiri... |
sekian...
wslm...
Friday, 28 January 2011
Ilmu...

setiap daripada kita...
adalah seorang pelajar...
tidak kira,anda berada dimana sekalipun...
pangkat anda tetap seorang pelajar...
di pejabat, andalah pelajar daripada bos anda untuk mengurus sesuatu perkara dalam pejabat...
di sekolah, anda semestinya seorang pelajar yang sedang belajar mengenali dunia...
sehinggalah seorang bayi, yang masih tinggal bersama ibubapa/penjaga, tetap seorang pelajar...
menjadi seorang pelajar, walaupun sepenuh masa atau separuh masa, terkadang memberi ketekanan kepada kita...
kadang-kadang,apabila kita belajar dan membaca, x ada satu pun yg melekat kat otak...
kadang-kadang,latihan dh seribu kali buat, tp setiap kali ttup buku dan kita buka blik msti dah lupa...
stress giler kot!!!
yup,keadaan mcm ni mmg stress...
x dinafikan...
ok...
trus kpada point...
spt apa yang korg boleh lihat rumus pada tajuk...
apabila ikhlas untuk blajar kita campurkn dgn sucinya jiwa dan niat kitam insyaAllah setiap ilmu yang kita pelajari pasti akan melekat...
IKHLAS...
bukan bnda yg remeh...atau boleh dipndang rendah...
sbb keikhlasan yang mndorong stiap jiwa mnusia utk lebih tenang...
dan ketenangn ini membolehkan seseorng itu mnerima ilmu dgn lbih mudah apabila hati mereka tenang...
btul x apa yg aku ckp??
kalo korg x prcaya,jwb soalan aku...
pernah x korg blajar or baca buku ketika korg stress??
knpe x prnah??kalo prnah pun msuk ke ilmu yg korg blajar tu??
*Lu pikir lar sendiri...

SUCI...
aku bkn seorng alim...
dn aku juga bkn seorng yang kebal maksiat...
yeah,kita suma ada tergelumang dgn maksiat walopun sekelumit...
apa yang ingin aku ckp kn,jauhi maksiat...
krn maksiat merupakan satu pembina atau dikenali "builder"...
apa yg maksiai ini bina??
maksiat mmbina penghalang diri kita drpd ilmu...
maksiat akan mmbuatkan hati seseorng itu gelap...tidak lagi suci...
dan ilmu itu hanya berhak pada tmpat yg terang...krn ilmu tidak suka akan kegelapan,krn ilmu itu sendiri adalah sesuatu perkara yg suci...
Ingtlah wahai pembaca sekalian...
hasil tambah keikhlasan dan kesucian niat dapat mendekatkan diri kita kpd ilmu...
dan insyaAllah kita akan lebih tenang dan mampu menjadi pelajar yg gemilang...
*Jangan lupa utk->senyum~~~^_^~~~
kerana senyuman merupakan pengubat hati yg lara...
dan penambah dalam ketenangan...
^_^
wslm...


Matematik Kehidupan...
~~~Salam~~~
blog ini merupakan tempat aku untuk memberi pendapat...
dan segala cadangan amatlah aku hargai...
segala isu yang aku kupaskan hanyalah untuk kesedaran diri semata-mata...
sekiranya ada mereka-mereka di luar sana yang ada terguris dengan blog ini ;
terdahulu ingin aku memohon seribu kemaafan...
cubalah anda berkira-kira mengenai kehidupan kita...
mulakan setiap perkara dengan niat dan senyuman...
kerana senyuman itulah sesuatu yang terlalu subjektif...
^_^

Subscribe to:
Posts (Atom)




























