Tuesday, 15 February 2011

Hari Maulud...

Assalamualaikum semua...^_^

Salam Maulidur Rasul pada 12 Rabiul Al-Awwal 1432 Hijrah bersamaan 15 Februari 2011...

korang semua tahu atau tidak apa maksud maulud yang sebenarnya?
maulud yang sebenarnya bermaksud Hari Lahir...

Jadi, apabila digabungkan perkataan "Maulud" dengan "Rasul", kiranya korg semua boleh tahu dah maksud dia kn??
Maksud Maulidur Rasul adalah Hari Lahir Rasul junjungan iaitu Rasulullah S.A.W.
Baginda merupakan Rasul yang terakhir di muka bumi ini, seperti di dalam Khutbah Terakhir Baginda yang bermaksud, "Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru.".

Jadi, ketahuilah kita bahawa agama Islam merupakan agama yang benar tiada yang benar selain yang benar belaka yakni  Islam dan tiada lagi Nabi atau Rasul selepas Nabi Muhammad S.A.W.

Wahai rakan-rakan sekalian...marilah kita sama-sama berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Semoga kita memperoleh syafaat daripadanya...



CHOP!!!

korang semua tahu tak, terkandung beribu-ribu dan berjuta syafaat dan kelebihan serta rahmat apabila kita berselawat ke atas junjungan Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W??

Di sini, aku ada sediakan beberapa syafaat dan kelebihan serta rahmat yang terkandung apabila kita berselewat ke atas Nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W, seperti mana yang disabdakan Rasulullah S.A.W yang bermaksud,
Rasulullah S.A.W. telah bersabda bahawa: ''Malaikat Jibril, Israfil, Malik dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku:

Berkata Jibril A.S.:''Wahai Rasulullah S.A.W. ,barangsiapa yang membaca selawat keatasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali,maka akan aku bimbing tangannya dan akan aku bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar''.

Malaikat Malik A.S. pula berkata: " Mereka yang berselawat keatas kamu akan aku memberi mereka itu minum dari telagamu''.

Berkata Malaikat Israfil A.S.: '' Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T. dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T. mengampuni orang itu''.

Berkata Malaikat Izrail A.S : "Bagi mereka yang berselawat keatasmu,akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi''.

Sabda Rasulullah S.A.W: "Barang siapa mengucapkan salawat kepada ku satu kali,maka Allah s.w.t akan mengucapkan salawat kepadanya sepuluh kali." (HR Muslim.)
Jadi, janganlah kita sesekali (sekiranya mampu) tinggalkan sesaat untuk tidak berselewat...
paling tidak pun,dalam sehari biarlah bibir kita berselawat di luar solat...
kerana pastinya, terkandung pelbagai hikmah dalam kehidupan kita...

Selamat Berselawat... 

*Jikalau ada masa terluang, saya ingin kongsikan khutbah terakhir Baginda...^_^



No comments:

Post a Comment