Sunday, 20 February 2011

Petang...

Kalau cakap pasal petang, apa yang korag semua fikirkan??
Setiap orang pasti fikir perkara yang lain-lain, dan mungkin ada yang samalah kot...

Dan mungkin masa petang ni juga, sesetengah daripada kita bekerja...itu merupakan satu kemungkinan juga...
petang yang tenang di satu tempat di Malaysia~~~

Tetapi, bagi mereka yang tidak sibuk pada waktu petang...
mempunyai masa terluang, janganlah anda bazirkan masa dengan tidur atau seumpama dengannya...

Mari kita sama-sama lihat,apa yang boleh kita buat pada waktu petang selain tidur...

1) Semestinya beriadah!!!
- Yang ini memang tidak dapat dinafikan...kebanyakan kita manfaatkan petang masing-masing dengan beriadah...ramai yang menghabiskan masa dengan main futsal,badminton malah berjogging...
Perkara-perkara sebegini memang patut dilakukan, bagi memastikan toksin-toksin dalam badan keluar dengan terhasilnya peluh.




kenapa saya tunjuk Lee Chong Wei a.k.a. LCW ni??sebabnya adalah saya nak bagitau pembaca, walaupun LCW ni nmpak je kurus mcm ni, tetapi cuba anda kira ukur lilit peha, betis dan lengan dia...^_^
memang semestinya tak dapat diukur dengan segenggam tangan!!!walaupun dia nmpak kurus, tapi dia tidaklah sekurus yang dsangka seperti dalam TV tu...
*tu maknanya orang kurus pun boleh sihat juga...apatah lagi mereka yang terlebih "sihat"...^_^
(gurauan semata)

2) Minum Petang...
-Aktiviti ini juga sebenarnya banyak memberi faedah kepada kita. Lagi-lagi kepada mereka yang sudah berkeluarga. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan diantara anak-anak dan ibu bapa...
Lagi lah bagus kalau kita hidangkan teh yang berkhasiat untuk keluarga...seperti mana teh Arab atau teh China yang mengandungi banyak khasiat yang tersendiri. Dengan ini,khasiat teh trsebut bkn sahaja hanya dapat dirasai oleh seorang sahaja, malah satu keluarga...seorang dalam keluarga itu sihat, maknanya semua ahli keluarga tersebut pun sihat juga...

3) Buat Homework...
-waktu petang-petang,kalau dah tidak ada benda lain nak buat, luangkan masa anda dengan buat keje-keje yang lecturer atau cikgu2 bagi. kalau waktu petang, nak study atau belajar untuk mengingat atau seumpanya, abaikan je lar...sebab waktu petang tidak sesuai untuk semua itu...


waktu petang adalah untuk anda menghabiskan semua kerja-kerja yang lecturer or cikgu2 dh bagi...
sebab nak menyiapkan segala kerja-kerja tidak mungkin boleh dibuat dalam satu malam apabila siangnya telah kita luangkan untuk pergi ke kelas...
btul x??

4) Main Game!!!
-HAHA...kalau dah kemaruk sangat nak main game komputer, ps atau seumpama dengannya main lah waktu petang...sebab pagi tu dah pergi kelas...malam pulak luangkan masa anda untuk study...
jadi,pastikan petang itu anda puas2 hilangkan tekanan nak main game komputer...malamnya boleh lah anda pergi study plak...
(*time management ni....^_^)

aku main cabal....^_^
dan banyak lagi yang saya x senaraikn dalam ni...yang ada ni sebenarnya adalah dari pemerhatian semata....
kalo ada banyak lagi,sudi2 lar untuk berkongsi ye...

JADI,LUANGKAN MASA PETANG ANDA DENGAN SEBAIKNYA!!!^_^

wslm...

No comments:

Post a Comment